create your own banner at mybannermaker.com!

Selamat Datang

Jum berkongsi Pengalaman dan melayari keluarga Bizmom. Keluarga Bizmom terdiri daripada Papa, Mama, Adik Kembar, Abang Kembar dan abg afiq.....3 Hero ni menjadi penghibur di kala sedih, penat dan duka

Pages

Sunday, October 31, 2010

INTRO BLOG: Kembar main Kereta

Permata hati saya Abang, Afiq dan Adek


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog BIZMOM WORLD ini. Blog ini bertujuan untuk menaikturun dan menceritakan segala perjalanan bisnes BIZMOM secara santai sertai aktiviti famili BIZMOM dan peribadi saya dan anak-anak. Sebut tentang cerita anak-anak saya yg sedang membesar kesemuanya menggunakan produk BIZMOM. Sebelum itu saya memperkenalkan diri saya sebagai IEJA atau nama penuh saya FAIEZAH MD YUSOF mempunyai 3 orang anak. Anak Sulong saya bernama MOHD ZAIFIQUE ERFAN (Afiq) lahir pada 29 Mac 2008, anak kedua adalah kembar iaitu MOHD ZAIRYL ERFAN (Abang) dan MOHD ZAIREY ERFAN (Adek). Si kembar pula lahir pada 31 Julai 2009. Kesemua mereka adalah lelaki dan sedang mengandung seorang lagi penyeri hidup kami yang dijangka lahir pada Mac 2010.
 Saya (ieja)

Kala ini saya dan suami sedang bekerja keras sedang mempromosikan produk kami iaitu LAMPIN MODEN BIZMOM. Outlet BIZMOM terletak di No 15, Jalan BPP8/3, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan .
Outlet HQ BIZMOM di Seri Kembangan.

Selain daripada Lampin Moden atau Cloth Diapers, anda juga boleh mendapatkan pelbagai barangan dan peralatan keperluan bayi dan ibu yang lain dijual pada harga yang sangat berpatutan dan murah berbanding di kedai-kedai lain. Terdapat pelbagai T-shirt untuk bayi dan anak-anak anda samada yang berjenama dan biasa. Selain itu, outlet kami juga popular dengan produk seperti 'legging atau busha', rompe dan carter dll. Selain itu, produk-produk keperluan ibu juga boleh didapati di sini.

Cukuplah intro sikit pasal bisnes ni.....Sbb skrg ni saya nak cerita fasal anak-anak saya. Dan hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai si KEMBAR yang gemar main keretanya.....

Amboi anak mama nak jadi mat rempitlah.....dah training dr kecik...berlumba2 dah dr kecik....ni apasal ni adik pandang abg mcm xpuas hati jer...si abg tu naper pulak buat bibir camtu.....inilah aktiviti harian si kembar bermain kereta masing...sekarang ni semuanyer dah pandai bawak laju2...siap boleh berlumba dengan abg afiq lagi....

 Dah mula dah nak berebut..apa sia adik tu nak amik tu..asyik gaduh jer berebut....

ni dah jadi mcm bumper car dah main langgar2...ish2 anak mama ni jangan jadi pembuli jalan raya tau.

xdapat barang dah surrender yer adik..bagus =2 camtu ...adik kena mengalah yer

Ops....berebut nak duduk dengan papa rupanyer. ambillh sebelah sorang kaki papa tu yer.....ni xder abg afiq..kalau ader abg afiq susahlah korang nak bermanja dengan papa...abg afiq jer nak konker semua....

Ini sajalah coretan untuk hari ni BYE...BYE...BYE...


No comments:

Post a Comment