create your own banner at mybannermaker.com!

Selamat Datang

Jum berkongsi Pengalaman dan melayari keluarga Bizmom. Keluarga Bizmom terdiri daripada Papa, Mama, Adik Kembar, Abang Kembar dan abg afiq.....3 Hero ni menjadi penghibur di kala sedih, penat dan duka

Pages

Sunday, November 14, 2010

Berhujung minggu di sunway

bER HUjuNg MinGGu Di sUnwAy

Hujung minggu lepas kami menghabiskan masa bersama di sunway....aduish malasnyer nak bawak stroller...budak2 ni bukan dah naik pun semuanyer susah nak control......teringat dekat sunway ader jusco.kami pun berjalanlah mencari trolley. bukan untuk shopping , tp utk letak hero2 malaya mama ni....sambil2 berjalan tu terjumpa pulak lampu lip lap2...cuber tgk betul kat baju dan muka diaorg..byknyer lampu kecik2 ...alahai anak mama terpegun dalm erti kater yg lain mcm ala2 org kater gayat tgk lampu tu kat baju diorg.tgk abg afiq tu...pandang baju adik2 dia......buat camner rumah mama dia xder


Gambar kat bawah ni sbnrnyer tgk tgk live band...tp luper pulak nak amik gambar tu...asyik syok amik gambar anak sendiri jer...hehehhee


 lepak betul si adik ni dalam keter..setelah penat berjalan...dah puas jalan pun tetap nak kuar kalau papa dia kuar dr pintu rumah...papa mithali nipun terpaksalah melayan anak bujang dia ni jalan...asalkan anak senyap dan hepi...pasni masuk rumah yer dik....



Sunday, October 31, 2010

INTRO BLOG: Kembar main Kereta

Permata hati saya Abang, Afiq dan Adek


Salam sejahtera kepada semua pembaca blog BIZMOM WORLD ini. Blog ini bertujuan untuk menaikturun dan menceritakan segala perjalanan bisnes BIZMOM secara santai sertai aktiviti famili BIZMOM dan peribadi saya dan anak-anak. Sebut tentang cerita anak-anak saya yg sedang membesar kesemuanya menggunakan produk BIZMOM. Sebelum itu saya memperkenalkan diri saya sebagai IEJA atau nama penuh saya FAIEZAH MD YUSOF mempunyai 3 orang anak. Anak Sulong saya bernama MOHD ZAIFIQUE ERFAN (Afiq) lahir pada 29 Mac 2008, anak kedua adalah kembar iaitu MOHD ZAIRYL ERFAN (Abang) dan MOHD ZAIREY ERFAN (Adek). Si kembar pula lahir pada 31 Julai 2009. Kesemua mereka adalah lelaki dan sedang mengandung seorang lagi penyeri hidup kami yang dijangka lahir pada Mac 2010.
 Saya (ieja)

Kala ini saya dan suami sedang bekerja keras sedang mempromosikan produk kami iaitu LAMPIN MODEN BIZMOM. Outlet BIZMOM terletak di No 15, Jalan BPP8/3, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan .
Outlet HQ BIZMOM di Seri Kembangan.

Selain daripada Lampin Moden atau Cloth Diapers, anda juga boleh mendapatkan pelbagai barangan dan peralatan keperluan bayi dan ibu yang lain dijual pada harga yang sangat berpatutan dan murah berbanding di kedai-kedai lain. Terdapat pelbagai T-shirt untuk bayi dan anak-anak anda samada yang berjenama dan biasa. Selain itu, outlet kami juga popular dengan produk seperti 'legging atau busha', rompe dan carter dll. Selain itu, produk-produk keperluan ibu juga boleh didapati di sini.

Cukuplah intro sikit pasal bisnes ni.....Sbb skrg ni saya nak cerita fasal anak-anak saya. Dan hari ini saya ingin berkongsi cerita mengenai si KEMBAR yang gemar main keretanya.....

Amboi anak mama nak jadi mat rempitlah.....dah training dr kecik...berlumba2 dah dr kecik....ni apasal ni adik pandang abg mcm xpuas hati jer...si abg tu naper pulak buat bibir camtu.....inilah aktiviti harian si kembar bermain kereta masing...sekarang ni semuanyer dah pandai bawak laju2...siap boleh berlumba dengan abg afiq lagi....

 Dah mula dah nak berebut..apa sia adik tu nak amik tu..asyik gaduh jer berebut....

ni dah jadi mcm bumper car dah main langgar2...ish2 anak mama ni jangan jadi pembuli jalan raya tau.

xdapat barang dah surrender yer adik..bagus =2 camtu ...adik kena mengalah yer

Ops....berebut nak duduk dengan papa rupanyer. ambillh sebelah sorang kaki papa tu yer.....ni xder abg afiq..kalau ader abg afiq susahlah korang nak bermanja dengan papa...abg afiq jer nak konker semua....

Ini sajalah coretan untuk hari ni BYE...BYE...BYE...


Road Tour PKNS Shah Alam

ROAD Tour Pkns Shah Alam 30-31/10/2010


30 - 31 Oktober keluarga Bizmom telah membuat Road Tour ke Shah alam PKNS. sambutan amat menggalakan...ramai jugak yg mendaftar untuk menjadi agent Bizmom....Alhamdulillah rezeki.....ni yg rasa semakin bersemangat untuk membuat Road Tour satu Malaysia....boleh dikatakan kami balik semua dgn kotak yg kosong sahaja......

Tapi yang tak syoknyer duit mama yang byk kuar...faham2 jerlah komplek PKNS ni ...MCM2 ADA.....dengan makanannyer, aksesori wanitanyer, handbagnyer,  buku2 dan mcm2 lagilah ......ikutkan hati dh mcm tertinggal jer kiosk tu...nak gi window2 shopping......ish2..lagi lama agaknyer kat sini lagi mcm2 lah yg dibelinyer......

teringat dgn afiq dan kembar kat rumah...kesian diaorg..kena tinggal....tp nak buat camner...demi Bizmom harap2 anak2 memahami....ingatnyer nak belikanlah apa2 untuk diaorg ni nanti balik....


Customer Sedang mengisi Borang Agent

 NI dia  kiosk kami di ruang Legar PKNS
 Antara Barang2 yg ada  di kiosk kami

Hari ni 31/10/2010 is last day kat PKNS...rasa mcm nak tambah jer lagi masa dekat sini...smbutan org shah alam amat menggalakkan dn tambahan lagi dpt cuci mata,...tp apa kan daya.....habis roadtour ni kul 9 malam dan keluarga Bizmom beransur pulang..

SELAMAT TINGGAL SHAH ALAM...HARAP DAPAT JUMPA LAGI

Monday, October 25, 2010

Cara Membasuh CD

Cleaning in the Mechine
Washing using Laundry Bag will make your CD lasting longer

Dry Under the Sun takes 1-2 Hours
Dry CD under Roof takes 3-4 hours
Prewash 2 kali sebelum guna tanpa menggunakan sabun
  • Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi
  • Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh
  • Gunakan sabun paling murah di pasaran, tiada peluntur tiada bahan kimia yang terlampau
  • Gunakan Laundry Bag untuk menjamin jangka hayat CD anda
  • Sidai (seeloknya di bawah cahaya mentari)
  • Angkat dan masukkan insert siap2 utk penggunaan siang 1 insert dan malam (2 inserts)

Tuesday, October 5, 2010

Welcome to bizmom world

Salam perkenalan pada mama dan papa semua. Bizmom world adalah perjalan dunia mama, papa, kembar dan afiq dalam proses membesarkan anak dan mengembangkan sumber rezekinya...disinilah luahan, pengetahuan dan pengalaman keluarga bizmom akan share bersama rakan2 terutama sekali dalam cerita mengenai cloth diapers dan activity2 bizmom dan anak2